kasih ke syurga
February 19th, 2006 by insidenoutsideprincess asiah
dilahirkan dari golongan bani israil, asiah adalah seorg gadis yang jelita dan lembut. semuanya bermula tatkala fir’aun mendengar khabar tentang kejelitaannya dan langsung mengutus rombongan peminangan. walau agak berat rasa hatinya untuk meninggalkan ayah dan ibu, namun perintah raja sukar untuk dijawab tidak. maka hiduplah asiah di tengah-tengah kemewahan dan kegemilangan istana fir’aun. namun kemewahan dunia itu langsung sedikitpun tidak mencuit hati asiah. seringkali dia rasa terasing daripada segala itu. dan seringkali jua asiah keluar dari istana ke taman raja untuk mencari ketenangan di dalam alam ciptaan Tuhan.
sehinggalah pada suatu hari yang gempar, mesir dikejutkan mimpi sang fir’aun. dan asiah menggigil seluruh badan tatkala sang nujum menafsirkan mimpi itu dengan meramalkan akan datangnya pada suatu masa yang jauh,seorang pemuda dari bani israil yang akan menjatuhkan fir’aun. asiah menggenggam erat jari jemarinya,"apalah nasib kaumku nanti….",bisik hati kecilnya, sayu mengenangkan malang yang menimpa kaumnya. dia kenal sifat suaminya yang bongkak dan ego. jauh lebih kenal berbanding mana2 manusia.dia takut dengan tindakan gelojoh suaminya.manusia yang tanpa ragu mengisytihar diri sendiri tuhan seluruh alam sedang makan minum pakai sakit demam dijaga oleh oleh dayang2 istana. "tuhan apakah itu?langsung tidak berkuasa menjaga diri sendiri apatah lagi org lain," seringkali hati asiah membentak.
pada asiah, tiada langsung sifat ketuhanan pada suaminya. dalam diam dia menafi, dalam lembut dia membina iman. Tuhan padanya hanya satu, Tuhan ibrahim yang mengatur tenggelam timbul sang suria, yang menghias dada langit dengan bintang2 dan rembulan…itulah Tuhan sekalian alam. atas dasar itulah, asiah lebih gemar hanyut dalam keindahan taman diraja, agar dia dapat merenung tiap2 kebesaran Tuhan. burung2 yang menyanyi adalah zikir, bunga2 di taman adalah rahmat tuhan.
firaun murka. dadanya terasa sesak.masakan dari kaum hambaku akan ada pemuda yang begitu berani mencabar ketuhanan dan kemegahan dirajaku? mukanya merah padam, menggetap gigi seraya menahan malu dgn tilikan sang nujum. asiah menatap suamiya, kolam matanya hampir tumpah.selamatkanlah kaumku ya Tuhan..dan air matanya mengalir deras kala firaun menjerit kepada sang menteri. "BUNUH SETIAP KANAK2 LELAKI DALAM NEGERI INI..SEMBELIH HIDUP2 DAN PASTIKAN TIADA SEORANG PUN TINGGAL HIDUP BENYAWA!!." dalam dada fir’aun dia tertawa bongkak, akulah tuhan. aku berkuasa atas tiap2 jiwa, dan aku tentukan nasib anak2 lelaki hamba negeri ini didalam neraka. nyawa mereka di tangan aku.
air mata asiah terus laju membasahi wajahnya. dia hiba sekali. apa daya aku. kaumku bakal hilang pewaris2 harta.dia tidak sanggup lagi berdiri di ruangan itu, berkongsi udara senafas suaminya yang kerasukan. lantas dia berlari keluar. berlari tanpa arah tujuan. istana ini adalah laknat Tuhan. dan aku terperangkap tanpa jalan keluar. dia lemas dalam kemewahan dan hiasan2 mahal. dia ingin bebas.
tanpa melengahkan masa, perintah si tuan dijalankan dgn setia oleh soldadu2 berjiwa batu. dan pagi itu, dari balik tingkap bilik tidurnya, asiah termenung panjang dan jauh. seolah2 ternampak olehnya sang ayah yang meronta2 mendapatkan anak lelakinya yang baru mula pandai tertawa dari tangan2 kasar tentera diraja. seolah2 terdengar olehya tangisan dan raungan sang ibu tatkala pedang tajam menusuk dada dan leher anak tercinta. dan seolah2 terhidu olehnya bau hanyir dan lekit darah yang tumpah pada pagi itu. asiah teresak lagi. apa dayaku Tuhan.merah matanya mengenangkan nasib mereka. dan jua nasib dirinya yang tiada kuasa untuk menghalang. tembok kebencian pada suaminya yang sedia teguh makin utuh dan tinggi.
penat menangis dan mengurungkan diri di dalam biliknya, asiah kehilangan. lantas dia melangkah ke taman diraja berteman dayang2 yang setia, tempat yang cukup tenang untuk jiwanya dalam mencari hakikat ketuhanan. kicauan beburung dan alunan irama bayu menyembuhkan luka parah dalam hatinya. dan pagi itu, sungai nil yang mengalir masuk ke taman diraja tampak silau membalikkan sinar mentari pagi. gemersik aliran sungai nil pagi itu menggamit hati asiah mendekatinya. diintai anak2 ikan yang girang berenang dibalik2 batu sungai. asiah asyik memerhati, sesekali mengocak air sungai nil dengan jemarinya.
sedang asiah menyusur tebing sungai nil, matanya menangkap kelibat sesuatu dalam deras sungai. ditatap tajam, apakah itu? batukah? masakan batu timbul di permukaan. dengan rasa ingin tahu yang amat mendalam, asiah meniti batu2 sungai dan menghampiri kelibat yang dilihatnya tadi. raga rupanya, detik hati kecilnya. baru dia ingin mengabaikan raga itu, sesuatu didalam raga itu bergerak2 perlahan. asiah curiga sekali ,sebaik raga itu tersangkut pada akar pokok kayu, asiah meyambar raga itu. diangkat raga itu ke tebing perlahan2. dayang2 yang tadinya leka bersantai, berlari menghampiri permaisuri mereka. asiah menyelak helaian kain didalam raga itu, dan alangkah terkejutnya bila didapati seorang bayi lelaki mungil bermata hitam bundar merenung ke arahnya. lantas dikendong bayi itu dalam pelukannya. dicium bayi itu bertalu2. siapakah anak malang ini? mengapa ke taman firaun juga dia dihanyutkan? dalam pelukannya,asiah menggeleng..istana ini laknat Tuhan. mengapa ke sini juga sampaimu..
pagi itu asiah ceria kembali. dia asyik bermain dengan bayi itu, dan dayang2 turut serta. hatinya terikat dengan bayi itu. lantas dia menyuarakan pada dayang2 untuk membawa balik bayi itu ke istana. dayang2 jadi takut dan cuba memujuk supaya asiah menghanyutkan kembali bayi itu ke sungai nil. "Tidak sama sekali!" tegas asiah.
walau dia gentar berhadapan dengan suaminya, namun dia nekad. masakan bayi secomel itu akan disembelih. lantas dia mengendong bayi itu mengadap suaminya. terloncat firaun di atas singgahsananya tatkala terlihat bayi lelaki itu. dia menjerit memanggil pengawal. diarahkan pengawal menyembelih hidup2 bayi itu. asiah lantas menghampiri suaminya," tidak, kanda. jangan kanda bunuh bayi ini. cukuplah titis2 darah yang tumpah sehingga hari ini." pada mulanya, firaun tidak makan pujukan asiah, namun asiah terus memujuk rayu suaminya," kanda lihatlah pada bayi ini. betapa comel dan mungilnya dia. bagaimana tergamak kanda bunuh bayi yang tidak berdosa ini. sesungguhnya hati dinda telah terikat dengan bayi ini. marilah kita besarkan dia bersama2 dalam istana ini, kita didik dia dengan secukupnya agar dia taat setia pada kanda. masakan nantinya dia akan melawan kanda, raja dan ayah yang membesarkan dia." pujukan demi pujukan, rayuan demi rayuan, akhirnya firaun tewas pada asiah. dan asiah menghela nafas lega, bayi comel itu selamat dibawah jagaannya.
hari2 yang berlalu bagi asiah makin ceria dan riangria dengan hadirnya musa. nama yang diberikannya bersempena tempat musa dijumpai. akar dan air. dan tanpa asiah sedari, pengasuh yang diupah mengasuh musa adalah ibu musa sendiri. ibu yang cukup gembira dapat mengasuh anaknya.
suatu ketika waktu makan bersama, firaun memangku musa dalam ribaannya sambil sesekali menyuap makan anak kecil itu. dalam tika bergurau senda, musa menarik janggut firaun dengan sentapan yang amat kuat bagi seorang anak kecil. menjerit firaun sambil bangun menghunus pedangnya."anak ini bukan sebarang anak. dialah yang akan menjatuhkan aku suatu hari nanti.memang sepatunya sudah aku bunuh sejak dari awal lagi," katanya. asiah berlari memeluk musa," masakan anak sekecil ini sengaja menarik janggut kanda. dia hanyalah seorg budak, kanda. anak kecil yang tidak mengerti apa2, yang tidak pandai membeza baik dan buruk."firaun lantas membalas,"aku pasti inilah anak yang akan menjahanamkan aku suatu hari nanti.tapi kalau benar apa yang dinda katakan, anak ini memang tidak bersalah."
firaun lantas mengambil dua talam, satu talam dipenuhi dengan permata dan berlian manakala satu lagi bara api yang membara," andai dia memilih permata, maka akan aku bunuhnya." diacukan kedua talam itu kepada musa. sudah menjadi naluri kanak2 memilih sesuatu yang berwarna warni, maka musa menghulurkan tangannya ke arah talam yang berisi permata. saat itu, Allah mengutus malaikat supaya menolak tangan musa ke talam berisi bara, dan melecurlah sedikit kulit musa.namun terselamatlah jiwanya atas bantuan Tuhan. dan sekali lagi asiah menarik nafas lega. dipeluknya musa erat sambil melafaz syukur pada Tuhan.
musa makin membesar, menjadi seorg putera yang gagah perkasa. namun musa sedar siapa diri nya yang sebenar, dia adalah putera bani israil kerana itu apa yang selalu dicritakan asiah kepadanya. suatu hari ketika berjalan di jalanan, musa meleraikan dua pemuda yang bergaduh dengan membela pemuda bani israil dan menumbuk mati sang pemuda mesir. khabar angin tersebar ke telinga firaun dan beranglah dia kerana musa membela bani israil, firaun tersedar bahawa musa yang dibesarkan di istana itulah yang bakal menjatuhkannya dengan membelakangkannya. lantas dikerahkan pengawal menangkap musa, namun asiah yang cukup faham dngan tindakan suaminya menyuruh musa melarikan diri keluar mesir sebelum sesuatu yang buruk terjadi.
asiah bimbang kini. anak yang dibesarkan di istana itu ternyata memenuhi kriteria mimpi suaminya beberapa tahun sebelum itu. dia bukan bimbangkan suaminya digulingkan tapi keselamatan musa. namun dia yakin, Tuhan akan melindungi musa sebagaimana Dia telah melindunginya dari waktu musa kecil. setiap waktu, doa dihamparkan untuk musa. asiah cukup rindu pada anak angkatnya itu.setiap masa, dia berharap agar musa pulang agar rindunya hilang.
tahun berganti tahun, akhirnya suatu hari, yang dinantikan asiah muncul didepan mata. namun kali ini, musa membawa berita dari langit. dan asiah antara orang pertama yang beriman pada musa. mengakui ajaran2 musa, kerana asiah telah melihat sendiri bagaimana Tuhan sentiasa melindungi musa.masakan orang yang dilindungi Tuhan orang yang tidak benar dan pemalsu. dan iman asiah semakin hari semakin tebal dalam diam.
namun, kesabaran asiah sampai penghujungnya. dia tidak lagi sanggup berpura2 dan menyaksikan org2 yang beriman dgn musa disiksa sesuka hati. lantas dia menyuarakan keimanannya kepada semua. etrsentak firaun kala mendengar pengakuan asiah itu. isteri atau bukan, permaisuri atau bukan, firaun hilang pertimbangan. dia malu yang amat kerana hilang kepercayaan dari isteri sendiri. dan dirantainya asiah dengan emapat rantaian. kedua belah kaki dan tangannya dirantai ketat dan disiksa dipukul dengan belati hingga darah memancur deras. diulang2 setiap waktu supaya asiah kembali seperti dulu dan mengakui ketuhanannya.kala si algojo penat dan letih menghambat asiah dgn belati, Allah memerintahkan malaikat memayungi asiah.
kudrat wanita yang tidak seberapa namun imannya utuh. disiksa dan disiksa hingga akhirnya asiah menghembuskan nafas terakhir, tubuh yg lemah penuh luka namun hati bercahaya dan tidak sabar2 berjumpa Tuhannya yang dirindui. Diriwayatkan sebelum wafat, Allah menampakkan asiah rumahnya di syurga seperti yang dipohonnya."Dan Allah membuat isteri Fir’aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata : “Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisi mu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.” (Q.S. At-Tahrim [66] : 11)
siti asiah ra tergolong dalam 4 wanita paling mulia darjatnya oleh nabi muhammad selain siti fatimah ra, siti khadijah ra dan siti maryam ra.
~shya~